Permulaan perjalananku menuntut ilmu di bumi Bristol.

Assalamualaikum, 

Disini aku nak berkongsi pengalaman aku memulakan pengajian PhD di Universiti of Bristol. Sebenarnya sejak dari aku memulakan pengajian degree di UTM aku sudah berimpian untuk menyambung pengajian di luar negara. University of Bristol adalah salah satu  University yang menjadi target semasa dalam pengajian ijazah sarjana muda lagi. 


Alhamdulillah aku ditawarkan untuk menyambung pengajian di University of Bristol dalam bidang kejuruteraan struktur. Tarikh yang sentiasa menjadi ingatan iaitu 20 Oktober 2015 menjadi sejarah bagi aku dan family. Aku bersama isteri dan 3 orang anak (Qaish, Qaireen dan Qasrina) menaiki flight dari Senai, Johor ke KLIA(transit) sebelum naik flight ke London Heathrow. Qaish ketika tu baru berumur 5 tahun, Qaireen pula 3 tahun, manakala Qasrina umur 3 Bulan. Pagi sebelum bertolak menaiki flight, kalut aku nak tukar duit  RM ke Pound. pergi ke semua money changer, satu pun x dak. Semua tempat x de duit pound, aku decide untuk gamble je ke UK tanpa duit Pound. Time tu currency RM ke pound punyalah mahal RM6.70 = £1. Memang banyak betul habis duit sebelum ke UK masa tu. Total visa + IHS yang aku bayar untuk dapatkan visa Tier 4 bagi 5 orang family aku hampir RM35k.  Tapi alhamdullillah semuanya berjalan lancar. Allah mudahkan segalanya.


Petang dalam pukul 4 aku dan family ke senai Airport di hantar oleh abang aku (Aidil) dan isteri die (Yaya). Time nak check in mula lah drama tangısan family aku sebab nanti 4 tahun x jumpa. So, kami pun masuk ke area departure untuk ke KLIA. Flight pukul 6 dan kami naik MAS ketika tu. Anak-anak semua first time naik flight. Alhamdulillah semuanya ok walaupun rasa gegaran flight yang kecil. Dalam pukul 7 lebih kami sampai di KLIA. disana family belah aku dan wife aku dah tunggu nak ucap selamat tinggal. Pukul 8 lebih kami check in.Time ni drama banjir (nangis) jadi lagi. Wife aku macam biasa akan nangis kalau nak ucap selamat tinggal. Semua family kami mengucapkan selamat kepada kami. Rasa agak sedih sebab 4 tahun lamanya kami x kan berjumpa. Kami pun check in ke area departure. Banyak dugaan juga nak kene lepas imigresen. Semua liquid x boleh bawak. Tali pinggang, jam, dan benda-benda yang besi semua akan di scan. kami agak kalut sebab first time pergi berlima. Banyak nak kene check. Alhamdullillah semuanya ok.kami lepas immigresen check.

sebelum check in di Klia

check in

bye bye semua 😢

Kami ke UK dengan flight KLM. Flight KLM kami dari KLIA akan transit selama 2 jam di Amsterdam. Kemudian flight dari Amsterdam terus ke Bristol airport. Sampai saje di Bristol Airport, Qaireen terus cakap sejuk. die memang selalu pakai yang baju yang nipis sebab selalu cakap panas. Jadi, keluar je dari flight, Qaireen nangis sebab sejuk, jd kami pun pakaikan baju sejuk. Qasrina tidur je sepanjang perjalanan. Qaish pun ok x banyk meragam.Sampai je di airport, kami check out dengan lancar. Duit pound kami x de, jadi kami pun pergi ATM machine untuk keluarkan duit dalam pound. Tapi x boleh. Kami pun mula risau. Internet pun x de lagi. Nasib baik Airport ada Wifi. So, kami guna wifi untuk buka cimb sebab nak check semula samada pengeluaran luar negara aktif atau x. rupanya pengeluaran luar negara kami x aktif lagi. So kami aktifkan dan alhamdulillah dapat keluar duit pound.Leganya yang amat bila duit pound dapat keluar guna ATM machine. Kami datang Bristol tanpa pengetahuan komuniti sane. Kami terpengaruh dalam satu blog tu cakap, komuniti malaysian di UK ni x boleh di harap.  Tapi sebenarnya kami silap, komuniti di Bristol UK ni sgt2 membantu. Sebelum diorang tahu kedatangan kami ni, kami dah siap booking hotel selama 4 hari di Filton, Bristol. Dalam masa 4 hari kami duduk ni kami rancang untuk cari rumah. Rupa2nya perancangan kami silap. Rumah kat Bristol ni lain mcm demand die. Dah banyak office agent rumah kami pergi, semuanya bagitu tinggalkan nama dan no tel. Haram satu kol pun x dapat.

qaish lepak depan hotel

sampai di Bristol 

Hari kedua kami di hotel, kami decide untuk contact komuniti Bristol untuk bagi tau kami dah sampai. Terkejut diorang sebab sampai tanpa bagitau diorang. Niat kami sebenarnya x nak menyusahkan diorang. Jadi sebelum kami menyusahkan diri kami sendiri, baik susahkan diorang sekejap.hahaha. so kami di jemput oleh abg long Filton Abang Jamel. Setelah berbincang, kami pun dipelawa untuk tinggal di rumah abang Yasin di Filton jugak sebelum dapat rumah. So, tinggallah kami di rumah Abang Yasin selama hampir 3 minggu. Alhamdullah, dalam masa tersebut, kami dapat rumah di Southmead, x jauh dari rumah abang Jamel dan abang Yasin.

Jadi, begitulah kisah mula2 kami sampai di Bristol. Peringatan kepada semua bakal perantau di UK untuk berhubung dengan komuniti malaysia di UK tempt anda belajar untuk memudahkan anda settle di sana. 


Sekian terima kasih

-Amirul-


Ulasan

Catatan Popular